APA AKIBAT TIDAK SHOLAT

Berikut ini merupakan sebuah kisah yang didapat dari rekan saya ...
   Insya Allah bermanfaat dan bisa kita jadikan ibrah (pelajaran).
 
   Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan
mayat
   orang Islam di hospital.
   Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital
Tengku
   Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
   sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup
dingin dan
   gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik
   tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
 hati-hati
   penutup muka jenazah.
   Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha
   Berkuasa. Tiba-tiab saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit
   bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai
aneh,
   namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
bertanya-tanya.
   Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak
   berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik
   berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,
barulah
   ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan
tidak lagi
   putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya
keluar
   dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh
yang
   berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang
   sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya
 bertukar
   hitam?
   Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya
termenung
   tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah
saya.
   Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan
seorang
   diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin
 hampir,
   dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an
dan
   memakai baju kurung.
   "Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan
 sudah
   seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok
jenazahnya." kata
   wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda
   tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah
 tersebut. Saya
   tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat
anak
   mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya
putih." "Mak
   cik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah
   berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
   Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke
 dalam
   dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya
 bertanya
   kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang
 berlaku
   sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita
itu
   tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi
   pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti
menyembunyikan
   sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu
   uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.
   Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil
   mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik,
 patuh dan
   taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya
buat
   sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
 sepatah
   pun. Dia memang anak yang baik.
   Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila mak cik kejutkan dia untuk
 bangun
   sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia,
   suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi,
tapi
   kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak mak cik ini akan
terus
   naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
   Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi
 bahawa
   barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman
dari
   wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja
   ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
   Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri
 untuk
   pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
   gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
 menyembahyangkannya.
   Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik
   secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai
imam di
   Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua
 tiga hari
   kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi
waris
   mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh
 Hospital
   Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak
jauh
   pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya
berkata,
   "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital
 seorang diri
   di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga
encik yang
   datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
   Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
   katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
 badannya,
   wajahnya, pertuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang
ustaz
   katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah
 meninggal lima
   tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
   Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun
wanita
   itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang
 Allah
   turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku
hingga
   menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
   Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar
   dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,
yang
   bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu
waktu
   dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
   Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu
   hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di
   dunia. Kalau 80,000 tahun ?
 
   Wallahu'alam ...
 
   Bila di dunia ada syurga,
   maka itulah kehidupan rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah.
   Bila di dunia ada neraka,
   maka itulah kehidupan rumah tangga yang tak selaras & jauh dari
agama.
 
   Bahagialah mereka yang diamnya berfikir,
   Memandangnya mengambil pelajaran,
   mendengarnya mengambil hikmah, dan
   dalam tindakannya mengenal indahnya ajaran Islam.